Tuesday, May 13, 2008

SYARAT PERTANDINGAN MENEMBAK (M16)

1.1.1 Dibuka kepada 10 orang kadet lelaki dan perempuan.

1.1.2 Jarak kedudukan penembak dan sasaran adalah 100 meter

1.1.3 Setiap penembak dibekalkan dengan 22 butir peluru dalam 3 kelopak.
a. 2 butir peluru bagi kelopak pertama.
b. 10 butir peluru bagi kelopak kedua.
c. 10 butir peluru bagi kelopak ketiga.

1.1.4 2 butir peluru dalam kelopak pertama akan ditembak pada target sebagai ‘sighters’ dan 20 butir lagi akan ditembak dalam 2 kedudukan seperti berikut:
a. Kedudukan meniarap, 10 peluru dalam kelopak kedua.
b. Kedudukan melutut, 10 peluru dalam kelopak ketiga.

1.1.5 Peserta dilarang untuk meletakkan kelopak senjata di bumi ketika menembak dalam kedudukan meniarap.

1.1.6 Bagi acara melutut, punggung penembak dilarang untuk berada di atas bumi.

1.1.7 Pengiraan markah dikira mengikut kesan peluru di pusat PTP sahaja. Sekiranya PTP mengena dan mencecahkan garisan maka yang mana markah tertinggi akan diberikan.

1.1.8 Pengiraan tertakluk kepada 20 PTP sahaja.

1.1.9 Masa tambahan 3 minit selepas wisel dibunyikan tanda tamat tembak.

1.1.10 Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi mata yang sama, pasukan yang berjaya mendapat markah ‘bull’ tertinggi akan dikira sebagai pemenang

1.1.11 Pakaian adalah half uniform

No comments: