Tuesday, May 13, 2008

MAKLUMAT PERLAKSANAAN PROGRAM

1. Struktur asas jawatankuasa pengeloaan aktiviti perkhemahan ini dibarisi oleh guru-guru MARA yang kini berkhidmat di Maktab Rendah Sains MARA Besut dengan kerjasama kakitangan maktab.

2. Kerjasama juga diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi kerajaan dan swasta berdekatan.

3. Setiap maktab diminta untuk menghantar laporan kesihatan semasa pendaftaran di tempat perkhemahan.

4. Senarai nama peserta/guru pengiring/pegawai/jurulatih perlu diserahkan kepada tuan rumah pada atau sebelum 15 Jun 2008.

5. Bayaran sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) akan dikenakan sebagai deposit kebersihan bagi setiap maktab yang mengambil bahagian. Deposit ini perlu diserahkan bersama senarai nama semasa pendaftaran dan akan dikembalikan setelah pihak pengurusan tempat berpuas hati dengan tahap kebersihan tapak kontinjen berkenaan sebelum bertolak pulang.

6. Setiap maktab akan dibekalkan dengan 10 batang buluh sahaja. Sebarang tambahan untuk keperluan buluh hendaklah dimaklumkan 2 minggu sebelum tarikh perkhemahan dengan bayaran RM 7.00 untuk setiap batang buluh tambahan berkenaan.

7. Setiap maktab perlu menyediakan peti kecemasan sendiri sebagai langkah keselamatan.

8. Dibawah adalah pecahan markah bagi setiap pertandingan:

i. Johan 10
ii. Naib Johan 7
iii. Ketiga 5
iv. Keempat 3
v. Kelima 2
vi. Penyertaan 1
vii. Tiada penyertaan 0

No comments: