Tuesday, May 13, 2008

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

1.1.1 Bilangan anggota adalah 22 orang pelajar lelaki yang terdiri daripada 1 sarjan, 3 koperal dan 18 anggota

1.1.2 Pakaian dan aksesori turut diambil kira.

1.1.3 Kekemasan diri dan jumlah keanggotaan.

1.1.4 Rambut hendaklah dipotong kemas dan pelajar perempuan hendaklah menggunakan tudung dengan warna pakaian kadet.

1.1.5 Misai dan janggut tidak dibenarkan.

1.1.6 Mana-mana pasukan yangakan tidak cukup bilangan anggota akan dipotong markah.
1.1.7 Silibus kawad adalah seperti di bawah

a. Masa melapor.

b. Sebelum melapor, platun sarjan menentukan atau membariskan platun seperti berikut:
i. Buka barisan.
ii. Kekanan lurus, pandang depan.
iii. Dari kanan nombor.
iv. Lapor.

c. Kawad statik
i. Sedia, senang diri.
ii. Ke kanan lurus, pandang depan.
iii. Buka barisan / tutup barisan.
iv. Hadapan / Belakang gerak
v. Kanan / kiri gerak.
vi. Hentak kaki perlahan/cepat masa dan berhenti.
vii. Belakang/kanan/kiri pusing

d. Kawad Hormat
i. Hormat kehadapan.
ii. Hormat ke kanan/kiri.
iii. Selaku terima sijil.

e. Kawad tangan/kaki (cepat/perlahan jalan)
i. Berjalan dalam cepat/perlahan masa dan berhenti.
ii. Belakang pusing dari skuad menghadap ke belakang/hadapan dan bergerak ke kanan/kiri dalam berjalan cepat /perlahan masa.
iii. Tukar langkah dalam berjalan cepat/perlahan masa.
iv. Hentak kaki dan maju (berjalan cepat/perlahan masa)
v. Bergerak ke kanan/kiri semasa berjalan cepat/perlahan masa.
vi. Tukar langkah cepat ke perlahan jalan dari perlahan ke cepat jalan.

f. Paraskan skuad.
i. Paras.
ii. Nombor.
iii. Gerak.
iv. Pusing.
v. Berjalan.
vi. Kemaskan, baris skuad/platun.
vii. Perkenalkan skuad/platun.

1.1.8 Markah diberi berdasarkan perkara berikut.
1.1.9 Pengadilan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal dari pihak PDRM. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dan keputusan termaktub kepada pihak penganjur.


1. Gaya dan rupa (turn out) 20
2. Mengawal Platun (menegur) 20
3. Kata-kata perintah 20
4. Pererakan/ Gaya rupa berjalan 20
5. Disiplin Pasukan/ Individu 20

Keseluruhan
100

No comments: