Tempat: Kem Seri keluang, Jalan Bukit Keluang, Besut, Terengganu
Kedudukan : Berhadapan dengan Institut Perguruan Sultan Mizan, berhampiran dengan Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra
PERATURAN PERKHEMAHAN
1. Setiap pasukan perlu memastikan bangunan-bangunan,kawasan kem dan tapak perkhemahan sentiasa berada di dalam keadaan bersih. Sila ambil langkah-langkah di bawah:
a. Gunakan beg plastik atau tong sampah yang disediakan untuk mengisi sampah.
b. Tidak dibenarkan untuk menggali lubang untuk menanam sampah dan sisa makanan. (sampah boleh dibuang ke dalam tong sampah Majlis Daerah Besut yang terletak di sekitar kawasan perkhemahan).
c. Dilarang menebang pokok-pokok yang terdapat di dalam kem.
d. Tidak dibenarkan memasak atau membakar sampah di bawah pokok.
e. Buluh atau sisa gajet boleh diletakkan di tempat yang dikhaskan.
2. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk memasak di sub-kem lelaki sahaja.
3. Kadet lelaki tidak dibenarkan untuk berada di sub-kem perempuan di sepanjang perkhemahan.
4. Amalkan patrol sytem dan camping craft semasa berkhemah di kem ini.
5. Jika ada kehilangan/kerosakan alatan milik kem, gantirugi akan dikenakan kepada pasukan yang bertanggungjawab.
6. Setiap pasukan diminta untuk sentiasa memastikan suis elektrik dan paip air ditutup segera selepas digunakan.
7. Setiap pasukan diminta untuk memastikan ahlinya tidak mandi laut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment