Tuesday, May 13, 2008

SYARAT PERTANDINGAN MARA LASAK

1.1.1 Dibuka kepada kadet lelaki dan perempuan bagi setiap MRSM.

1.1.2 Keanggotaan -10 orang kadet bagi lelaki dan perempuan.

1.1.3 Jarak perjalanan lebih kurang 7 km bagi lelaki dan 5km bagi perempuan.

1.1.4 Setiap pasukan akan dilepaskan dengan mengambil masa.

1.1.5 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya berlaku pertukaran anggota semasa pertandingan berlangsung dan bantuan makanan/minuman daripada pihak luar. Sekiranya ahli pasukan tercedera, ahli yang lain perlu membantu tanpa bantuan pihak luar.

1.1.6 Kesemua ahli pasukan perlu sampai ke garisan penamat untuk penjaga masa merekodkan masa rasmi. Pasukan yang tidak cukup bilangan ahli tidak akan direkodkan masa sehingga bilangan ahli mencukupi.

1.1.7 Peserta perlu memakai pakaian yang sesuai ketika mengikuti aktiviti ini.

1.1.8 Pemenang akan diambil kira mengikut masa yang terpantas.

1.1.9 Setiap platun dibenarkan untuk membawa seorang jurulatih untuk mengiringi dari mula hingga akhir bagi tujuan keselamatan.

1.1.10 Keputusan pengadil adalah muktamad.

No comments: